
TENTANG AS-SYARIFF

KATA ALUAN PENGARAH URUSAN AS-SYARIFF
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Pujian dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah swt yang telah memberikan kekuatan kepada saya sebagai Pengarah Urusan Akademi Huffaz As-Syariff, menerajui Akademi Huffaz As-Syariff Selawat dan salam kepada junjungan kita Rasullullah SAW sebagai insan yang membawa khabar gembira tentang kebenaran Islam.
Segala anugerah Allah swt yang diterima sejak awal secara percuma, tanpa sedikit pun tuntutan bayaran sekalipun anugerahNya itu berupa nikmat yang tiada tolok banding dan tiada galang gantinya seumpama nikmat hidayah, taufik dan pimpinanNya kearah kebenaran, pengabdian, ketaatan, dan terpilih menjadi umat rasul pilihan Nabi Muhammad SAW.
Syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt, diatas anugerah usia, keafiatan, dan masa lapang yang tentunya sedikit sahaja yang masih berbaki, apatah lagi pada saat hadirnya pertembungan diantara persediaan ukhrawi yang masih belum sempurna dan tanggungjawab insani yang banyak belum terlangsai, hambatan hidup yang tak pernah selesai juga sela-sela waktu yang sangat mencemburui lagi terabai.
Pelbagai dugaan dan rintangan di tempuhi dalam masa perancangan menubuhkan Akademi Huffaz As-Syariff.
Kepada Allah swt saya memohon taufiq dan hidayahNya agar usaha murni saya dan semua umat Nabi Muhammad saw yang telah menyumbang bagi menjayakan program modal insan ini sentiasa didalam keredhaanNya dan mencatatnya sebagai amal soleh.
AMIN YA RABBAL ALAMIN..
Pengarah Urusan Akademi Huffaz As-Syariff
YM Tn. Syed Mohd Shaiful Bin Syed Abdul Aziz Jamalullail
MISI & VISI

MISI
-
Melaksanakan konsep pendidikan Islam serta menyediakan kemudahan pengajian yang sempurna kearah melahirkan Huffaz Al-Quran yang dapat menguasai ilmu Al-Quran dan agama.
VISI
-
Melahirkan generasi Huffaz yang berwibawa, berketerampilan serta mampu mengamalkan ilmu untuk pembangunan ummah dari pelbagai aspek kehidupan dunia dan akhirat serta mendapat keredhoan daripada Allah.
-
Melahirkan ulama’ yang professional
PENGENALAN

Akademi Huffaz As-Syariff adalah sebuah madrasah tahfiz dan akademik milik warga Malaysia yang beroperasi di Mesir sejak tahun 2011.
As-Syariff membuka peluang pengajian bagi yang berminat bermula usia semuda 13 tahun untuk belajar di bumi anbia' Mesir dan akan didaftarkan ke Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar.
Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke University Al-Azhar dan Universiti yang setaraf dengannya sangat mudah dan tidak mustahil seawal usia 17 tahun sudah menjejakan kaki ke Universiti Al-Azhar sekiranya pelajar tersebut mengikuti jadual program yang telah disusun dan ditetapkan oleh As-Syariff. Insyaallah.