
BULETIN AS-SYARIFF

Rasmi
Pada 27 Jun 2012 bersamaan 07 Syaaban 1433 adalah tanggal keramat yang mana Akademi Huffaz Mesir (As-Syariff) dirasmikan oleh TYT Dato Duta Besar Malaysia Ke Mesir bertempat di Malaysian Hall atau Dewan Malaysia Abasiah Kaherah (DMAK) yang disaksikan oleh pegawai-pegawai kedutaan Malaysia serta pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar dan As-Syariff.
Pada hari tersebut yang sepatutnya turut sama merasmikan adalah TYT Dato Prof Syed Omar As-Saggaf, Duta Malaysia Arab Saudi, akan tetapi beliau tidak dapat hadir diatas masalah yang tidak dapat dielakkan.
Majlis gilang gemilang itu dijayakan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru As-Syariff telah berlangsung selama dua jam dengan sempurna.
Teater : Love Palestine Night
Akademi Huffaz As-Syariff Mesir terlibat dalam menjayakan teater pada malam Love Palestine Night di Al-Azhar Conference Center (ACC) Kaherah pada November 2012.
Pelajar As-Syariff seramai 11 orang yang berusia 13 hingga 16 tahun telah berjaya melakonkan teater pada malam tersebut dan mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 2000 orang penonton termasuk penonton VIP pegawai kedutaan Malaysia dan Duta Malaysia ke Mesir serta delegasi daripada Palestine yang berada dibarisan hadapan penonton.
Teater yang mengisahkan seorang pemuda Palestin yang bernama Mahmud yang sering muncul dalam mimpi Khairi akhirnya muncul realiti dihadapan mata dan menuntutnya untuk membantu membebaskan Palestin dari cengkaman yahudi zionist laknatullah.
Teater ini jika dihayati, mampu memberikan suatu kesedaran kepada kita, Insyaallah..
Click Utk Tayangan

Kemasukan Ke Buuth Al-Azhar
Tanggal 12 Dis 2012, sekian lama menunggu dan berdepan dengan birokrasi dan kerenah cara kerja mereka, Alhamdulillah usaha kami membuahkan hasil akhirnya. Hanya kepada Allah kami bersyukur kerana semua pelajar berjaya melepasi dan menduduki Imtihan Qabul pada kali ini..
Foto ini diambil pada hari pertama Imtihan Qabul bagi proses kemasukan ke Maahad Buuth Al-Islami Al-Azhar As-Syariff pada tahun 2013.
Rasanya sangat beruntung apabila pihak kami antara yang dibenarkan membuat rakaman video sekitar sesi Imtihan sedang berlangsung dan kami amat berterima kasih sangat kepada sheikh-sheikh yang memberi kerjasama yang baik ketika itu walaupun pada awalnya sangat sukar utk mereka membenarkan membawa kamera masuk keruangan dalam kelas.
Pengarah Urusan As-Syariff sempat bersalaman dengan Sheikh yang mengendali Imtihan sebagai mengucap terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Aidulfitri Di Perantauan
15 Sept 2012 - Pertama kali warga As-Syariff menyambut lebaran di perantauan, jauh dari sanak saudara. Bagi pelajar belasan tahun, ini adalah suatu hal yang baru bagi mereka dan ianya suatu kenangan terindah bila dikenangkan. Dalam keadaan serba sederhana Akademi Huffaz As-Syariff dapat menganjurkan Hari Rumah Terbuka Aidulfitri yang turut hadir jiran-jiran arab Mesir, pegawai kedutaan Malaysia dan Pengarah Education Malaysian Egypt (EME) serta Duta Besar Malaysia ke Mesir pada hari tersebut.




Click Foto Untuk Zoom

First Intake
01 Nov 2011 - Kemasukan pelajar pertama Akademi Huffaz As-Syariff adalah langkah mula perjalanan As-Syariff di bumi Mesir.
Pada tarikh keramat 1/11/11 Pengarah Urusan As-Syariff bersama 28 orang pelajar sulongnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Bermakna ini adalah titik mula melakar perjalanan As-Syariff dibumi para anbia' ini.
Semoga langkah ini akan terus menapak dan memanjat kejayaan untuk mendapat redha Allah. Amin..
Mawlid & Walimah di As-Syariff
24 Dec 2015 - Sambutan Mawlidurasul pada tahun ini disambut oleh warga As-Syariff dengan meriah kerana di gabungkan sekali dengan majlis pernikahan guru kami, Ustaz Tarmizi bersama pasangannya Ustazah Maryam yang berlangsung di Akademi Huffaz As-Syariff.
Majlis berlangsung pada jam 9pagi dimulai dengan pembacaan Simtud Durrar seterusnya akad nikah dijalankan selepas solat zohor dan jamuan makan selepasnya dengan menu nasi biryani daging unta.
Semua persiapan majlis ini dilakukan oleh para pelajar dan guru As-Syariff yg diketuai oleh Pengarah & Timb.Pengarah As-Syariff.
Kehadiran tetamu seramai lebih drp 300 orang sahabat taulan dan keluarga pengantin menyerikan suasana Mawlid dan Walimah yang berlangsung. Warga As-Syariff mendoakan mempelai ini berbahagia hingga ke syurga.
Isu Pengangkutan Ke Buuth
03 JAN 2016 - Alhamdulillah. Semalam pelajar2 As-Syariff dah mula ke Maahad Buuth Al-Azhar dengan Tramco/Van bagi kemudahan & mengelak kesesakan dan berdiri lama dalam bas serta risiko keselamatan diluar.Pergi dan balik di hantar sampai depan pintu. Setiap hari kehadiran pergi dan pulang ditanda supaya anak2 ini tidak melencong ketempat lain.Perjalanan ke Buuth dgn Tramco mengambil masa dalam 15-20 minit, membolehkan mereka membelek buku sekolah. Keluh kesah sakit dan lenguh bahu menggalas beg kesekolah tak timbul lagi. Letih dan mengantuk sebagai alasan utk tidak masuk kelas di As-Syariff setelah sampai asrama juga harap tidak kedengaran lagi lepas ni.
Keberangkatan DYTM Raja Muda Perlis ke As-Syariff
​
Hari yang bertuah bagi warga As-Syariff Mesir apabila DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Mencemar Duli melawat Akademi Huffaz As-Syariff pada 24 Feb 2016 bersama Delegasi Kerajaan Negeri Perlis (Jabatan Mufti & MAIPs) serta Pegawai Kedutaan Malaysia di Kaherah, Mesir.
Rombongan Baginda disambut meriah oleh guru pelajar Dan staff As-Syariff yang diketuai oleh Ketua Pelajar As-Syariff, Syed Abdurahman Al-Kaff.
Baginda meluangkan masa di As-Syariff selama lebih 2 jam.
Seminar Motivasi
​
20-21 Okt 2016 Akademi Huffaz As-Syariff telah menghantar 33 orang pelajar utk bersama sama dgn pelajar2 dari University yg lain bagi menyertai Seminar Motivasi Law Of Universal Attraction, Neuro Linguistic Programming
( #LUANLP ) yg telah dianjurkan di Malaysian Hall Cairo (DMAK) selama 2 hari. Insyaallah malam ni penutupnya dan semua mereka akan menerima sijil penyertaan.
Semoga mereka terus bersemangat..!!
Butirannya spt berikut :
SEMINAR LUA - NLP #LUANLP
↪ Tarikh : 20/10-21/10/2016
↪ Masa : 4:30 petang - 9.00 mlm
7:30 pagi- 8.00 mlm
↪ Hari: Khamis & jumaat
↪ Penceramah : Zuhairi Mohd Nopiah
MOU Signing Ceremony
​
01 Nov 2016 - Memorandum Of Understanding (MOU) telah termetrai anatara Akademi Huffaz As-Syariff Kaherah dengan Akademi Darul Huffaz Johor. Memorandum tersebut ditandatangani oleh Pengarah masing-masing.
Suatu lembaran baru yang akan dibuka oleh dua pusat pengajian di Malaysia dan Mesir ini.
Dalam masa yang sama, penghantaran pertama pelajar seramai 4 orang daripada Akademi Darul Huffaz Johor telah dibuat pada waktu yang sama secara rasmi pada malam Majlis Tandatangan Memo Persefahaman tersebut. Tarikh tersebut adalah sama dengan tariikh As-Syariff mula bertapak di bumi Mesir.
Semoga ianya diberkati Allah.
BATAL


Mengadap DYTM
​
22 Feb 2017 - Pengarah bersama Timbalan Pengarah As-Syariff hari ini mengadap DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Kangar Perlis bagi berbincang tentang pembangunan Aademi Huffaz As-Syariff. Respon Tuanku dengan apa yang dibincangkan amat positif.
​
Semoga apa agenda pembangunan As-Syariff mendatangkan manafaat bagi semua yang terlibat.

Album Pertama As-Syariff
​
28 Feb 2017 - As-Syariff & Da'i Syed telah menerbitkan sebuah album single yang bertajuk YA RASULULLAH. Album ini memuatkan lagu-lagu qasidah yang disuntik dengan alunan muzik modern yang menyegarkan.
Penjualan album Single ini adalah bagi menampung 100% keperluan dan pembangunan Akademi Huffaz As-Syariff Kaherah Mesir.
Jom..!! Membeli sambil Beramal bersama kami..
Program Yang kami Disediakan

CALL US FOR RESERVATION
Tel : +202 2357 3133
H/P : +2012 7430 7263
Whatsapp : +6013 276 2402
Email : akademiassyariff@gmail.com

DUO PROGRAME
Tahfiz & Akademik & Al-Azhar
Kelayakan :
Usia 13 - 16thn (Lelaki)
Usia 13 - 20thn (Perempuan)
Boleh Membaca Al-Quran
Boleh Menulis Jawi
Berminat
Jangkamasa : Empat Tahun
4 SEASON PROGRAME
Arabic & Tahsin
Kelayakan :
Terbuka kepada Semua
Usia 18 tahun keatas
Boleh Membaca Al-Quran
Boleh Menulis Jawi
Berminat
Jangkamasa : Setahun