top of page

CERAMAH MINGGUAN 

Ceramah Mingguan As-Syariff diadakan setiap hari jumaat malam sabtu selepas solat isya yang akan berlangsung di Musholla As-Syariff.
Setiap minggu akan ada pelajar yang dipilih untuk membuat persembahan ceramah atau tausiyah pada minggu berikutnya. Kebiasaan pihak As-Syariff akan memilih seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan. Mereka diberi masa seminggu untuk mencari maklumat dan info untuk dibentangkan dalam ceramah atau tausiyah yang akan dibicarakan pada minggu hadapan dengan tajuk pulihan sendiri
 
Program ini adalah utk bertujuan mencungkil bakat2 pelajar kami bagi melatih dan membiasakan diri utk berada dikhalayak bagi menyampaikan daawah lisan.

Andai ada kesalahan dan kekurangan fakta atau kekhilafan, ini adalah suatu kekurangan dalam mereka sedang menuntut ilmu.
 
Selepas masing-masing membuat persembahan, mudir akan memberi komen dan teguran dan saranana nasihat setelah itu. Penceramah yang terpilih pada minggu-minggu yang lalu akan dipilih sekali lagi untuk Forum Bulanan As-Syariff pada setiap hujung bulan (jumaat minggu terakhir).
 
Video rakaman ceramah dimuatkan dibawah ini, kami mohon maaf sekiranya masih belum ada video yang belum dimuat turun disini kerana kesuntukan waktu. Harap bersabar..

 

bottom of page