
IMTIHAN QABUL MAAHAD BUUTH ISLAMIYAH AL-AZHAR
Kebiasaan Maahad Buuth akan mengadakan Imtihan Qabul (peperikaan) untuk penapisan kemasukan pelajar yang layak ke Maahad Buuth Islamiyah Al-azhar pada bulan September dan Oktober setiap tahun.
Peperiksaan ini terbahagi kepada 2, iaitu Tahriri (Bertulis/Subjektif) dan Syafawi (Lisan/Percakapan) yang akan berlangsung selama tempoh 4 hari. Semua soalan dalam bahasa arab.
Antara subjek yang disoal adalah seperti dibawah ini.
Keputusan peperiksaan biasanya akan keluar selepas seminggu peperiksaan tamat bagi menentukan kelas yang layak bagi setiap pelajar. Selepas seminggu dari tarikh keputusan dikeluarkan, pelajar sudah memulai kelas seperti yang ditetapkan oleh pihak pejabat Al-Azhar.
Bagi pelajar Akademi Huffaz As-Syariff, sebelum mereka menduduki peperiksaan ini, mereka sudah membuat persediaan dan persiapan semasa tempoh berada di Kelas Persediaan di As-Syariff.
Alhamdulillah.. pada Imtihan 2015 baru-baru ini, 100% pelajar kami lulus dalam peperiksaan tersebut dan layak melangkah masuk ke Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar.
HARI PERTAMA (Tahriri/Bertulis)
Imtihan Syar'ei (Peperiksaan Syariah)
- Fiqh
- Tafsir
- Quran
- Hadis
- Tauhid
- Sirah
Masa : 2 Jam (12pm-2pm)
HARI KE-2 (Tahriri/Bertulis)
Imtihan Arabiyah (Bahasa Arab)
- Nahu & Sorof (Tatabahasa)
- Mutholaah (Bacaan)
- Nusush (Syair)
- Balaghoh (Sastera Arab)
- Imlak (Catatan)
- Insya' (Karangan)
Masa : 2 Jam (12pm-2pm)
HARI KE-3 (Tahriri/Bertulis)
Imtihan As-Saqofah (Pengatahuan Am @ Akademik)
- Sejarah
- Geografi
- Sains
- Matematik
Masa : 2 Jam (12pm-2pm)
HARI KE-4 (Syafawi/Lisan)
Soalan lisan ini diambil secara rawak oleh 3 orang Sheikh yang berada dihadapan pelajar untuk bertanyakan soalan.
- Quran (tebuk)
- Hadis
- Fiqh
- Tafsir
- Quran
- Hadis
- Tauhid
- Sirah
- Nahu & Sorof (Tatabahasa)
- Mutholaah (Bacaan)
- Nusush (Syair)
- Balaghoh (Sastera Arab)
- Sejarah
- Geografi
- Sains
- Matematik