top of page

​REHLAH & ZIARAH

As-Syariff Trip

HURGHADA 2016

~ As-Syariff Trip 2016

Pada 1 Ogos 2016 As-Syariff mengadakan Rehlah Raya selama 3 hari 2 malam ke HURGHADA bersama 50 org pelajar. Pelajar dah tak sabar nak berenang, beg depa dah siap awal-awal seminggu sebelum berangkat :)

Tentetif kami seperti yang ditulis dalam karangan pelajar kami ni.. jom layan :)

بسم الله الرحمن الرحيم...
Aku dan Hurghada ,
 Sekali lagi diriku terpanggil untuk belajar melalui rehlah yang dianjurkan tahun ni..
 Laut Merah... سبحان الله sungguh luas,,tak puas mata memandang keindahan yang dibentangkan di depan mata..cam tak percaya je diri dapat ke tengah laut yang tak nampak dimana penghujungnya...Di sebalik keindahan terselit sejarah yang makruf dan diceritakan dalam كلام الله ( surah syu'ara' ayat 63-66 )..snorkeling memang terbaik even itu kali pertama tapi , الحمد لله sumpah seronok ! Dengan kapal yang selesa , makanan yang mencukupi , berenang sampai tak beri peluang pada yang lain untuk mencuba..Almaklumlah peluang hanya sekali..haha ..😊
BBQ ..tak yah cakap , even pagi jadual penuh aktiviti malam still jayakan juga bbq...from set up tempat until program tamat...
 Safari Land...kat sini kena belajar tepati masa ye syad..!minta maaf lambat masuk bas semua...daripada jam 12tghri-8mlm full sungguh aktiviti..even setiap satu aktiviti dapat buat sekejap sekejap tapi , alhamdulillah itu dah memadai...moment yang paling tak boleh nak delete , tunggang unta & kuda..dua2 tu binatang tunggangan Nabi Muhammad saw ketika berperang...perasaan sangat excited & terharu & sedih pun ada..terbayang macam mana Rasulullah tunggang unta di bawah terik matahari pada bulan Ramadhan pula tu ( perang badar )... سبحان الله tabahnya engkau Rasulullah demi untuk menegakkan agama Islam yang kami nikmati hari ini..tak cukup dengan tu disambung pula dengan aktiviti spider car ke car spider ? apa2 je la...dan ATV memang puas tanpa polis,trafik dan had laju..haha,,seronok tu seronok juga tapi , solat masih fardhu...break solat kejap n then sambung semula naik jeep ke perkampungan arab Badwi..sampai2 ambil nafas pastu panjat bukit untuk view yang cantik and style...turun2 bukit haus semua cari air sejuk tapi, yang dihidangkan شاي panas...telan je la..terus hilang dahaga الحمد لله ..malam tu tengok arab menari badwi yang pusing2 tu...excited + pelik camane dia buat tanpa ada rasa pening2 ..hmmm..kuasa Allah mesti ada kaitan ngan sains ni..
 Balik hotel , dinner n shopping...takde apa yang berkenan di mata.. so,nikmati angin malam je di kota negara orang...duduk tepi jalan sambil main " chii kuu pang !" betul tak شذى عفيقه ? Haha..orang arab tengok je..nak join la tu..😏
Day 3 , berenang di kolam hotel sampai tak ingat dunia...tak sedar diri pula tu..dah rendah tu nak mandi jugak kat tempat yang dalam ...الحمد لله , Allah beri nikmat smile emoticon:) selagi tak lemas selagi tu selamat...kemas2 barang and check out hotel..
 Peluang keemasan ni hanya dapat masa kita keluar musafir ke negara2 lain je...kita takkan dapat rasa macam mana nikmatnya cuaca dan rasa menunggang binatang yang khususnya dinegara arab sahaja...terima kasih ummi waleed sebab bertukus lumus menyusun serta mengatur tentatif untuk keseronokan,pembelajaran serta kenikmatan yang kami perolehi melalui rehlah yang bermakna ni...
 Imam syafie berkata " pergilah bermusafir , sesungguhnya musafir itu dapat menambah ilmu , hilangkan kesedihan , menguatkan jiwa , mengenal ramai manusia dan dapat membina kehidupan baru " kelima lima perkara yang disebutkan memang sedang dialami diriku sekarang..percayalah..
 So, start from now ..musafir jomm..tapi,nawaitu penting sekali..niat buruk , buruk yang kita dapat...niat baik terasa kenikmatannya 😉 sebab.....
إنما الأعمال بالنية
Syukranlillah 

 - syadiyahamzah

HURGHADA 2017

بسم الله الرحمن الرحيم🌹

Okay untuk coretan kali ni saya agak 😁 nak cerita pasai trip pi Hurgadha ni..
Ni dah kira kali ke 4 saya pi sana..macam kuat ja jodoh kita 💕😆
Memang syiok Hurgadha ni..dengan laut 🌊dia takyah habaq laa..padang pasiaq semua cukup💨

So nak cerita serba sedikit dari mula perjalanan kami..Nak pi tu dah exited sungguh😎..tapi sebelum tu kita perlu packing keperluan untuk team Assyariff dulu..Jadi adat bekerjasama antara kami tu dah menjadi satu kebiasaan😇..kami tolong menolong sampailah semua siap dipacking dan banin 👳🏼‍♀tolong angkat barang masuk dalam🚌
Kami bertolak dalam jam 7 pagi macam tu..masuk bas memang pikir nak 😴 ja..
Buka ja mata..tiba tiba dah sampai 🏩..sebelum check in kami bahagi dulu partner masing masing..teka lah saya dapat partner ngan sapa?🙃hahaha
partner saya Mama Sumayyah(keluarga angkat Mesir kami)
so sampai tu kami rehat dulu sampai malam..jadi malam tu saya agak bosan😑..mama pun dah tidoq..saya pun pi singgah bilik sebelah yang dihuni amisha dan azmina..azmina pulak ajak tengok movie..maka kami pun layan lah satu movie dan berhuhu bersama🤗..pastu terus tidoq

Esok punya cerita pulak..bangun tengok msg umi cakap lupa nak bawsk minyak masak🤦🏻‍♀..kawe pun habaq kat mama sumayyah..mama pun kata jom kita pi cari barang nak masak..maka pagi itu juga lah kami berdua meredah Hurgadha mencari pasar dan super market..hahahah🤣..betapa gembira saya jumpa pasar dan belilah apa yang patut..balik dengan muka bangga bawak balik minyak😎..minyak ja pun(besa ja😪)
pastu saya pun cepat cepat balik sebab kata aktiviti jam 8 pagi..tiba tiba ada masalah sikit..umi ajak jadi detective pulak👩🏻‍✈👩🏽‍✈..haha..okaylah lepas kes kami selesai..kami meneruskan aktiviti glass boat pada jam 11 pagi..saya dapat tengok keindahan laut🌊yang jernih dengan angin meniup sepoi bahasa💨..Subhanallah💕..Lawo Baq Hiang..pastu kami pun mandi kat pantai..mandi sampai puas..tapi sakit kaki ceq pijak batu😅
Lepas tu kami pun balik hotel🏩..rehat sat..lepas isyak macam tu umi ajak jadi detective lagi..tapi kali ni led join sekali👩🏻‍✈👩🏽‍✈👨🏾‍✈..hahaha..dan kami telah pun menyelesaikan beberapa kes✔✔...lepas tu kami pi jalan jalan sat...kat Bazar Cleopatra sambil cari makan😃..kami makan foul🥘 tokmiah🍽dengan penuh seleranya😋
Pastu kami balik buat meeting dengan semua kawan kawan saya🤗..bincang sikit untuk aktiviti seterusnya✔
Malam sebelum tidoq ..mama sumayyah bagi stokin kait..dia sendiri yang kait..bila try pakai muat pulak kaki ceq..mama pun seronoklah 😁..ya lah orang pakai dia buatkan..

Esoknya lagi kami siap siap nak pi submarine🚤..kami dijemput oleh bas sewa khas🚌..pi pi masuk kapai..mewah sungguh kapai ni..cantik tak sangga💕💕..kami dibawa ke tengah laut merah..dan kami turun bawah kapai..boleh tengok apa ada dalam laut ni🐟🐠🐡🐬🐙🦐🦈🐳🐋🐚..semua ada..pastu snorkeling tu tak tahan..tengah dalam laut..dapat life jacket daif plak..nasib ceq tak lemaih..ada arab tolong bawak pi kapai..tapi naik pi cari life jacket lain pastu terjun balik😆
pastu balik submarine kami rehat sat..ada yang nak mandi kolam..tapi saya piloh untuk rehat ja..sebab stand by untuk esok💪🏼

Esoknya lagi..kena mangkit awai sikit..Yang paling ditunggu😉ATV MOTOR🏍...Huuu..seronok sungguh..saya bawak adik saya Aina Sarah kat belakang👱🏻‍♀...pi sejam..lepak kampung Badwy sejam..patah balik sejam..lenguh jugak..tapi best😁
dalam sepanjang perjalanan 25km di padang pasir macam macam raham dapat tengok..ada yang tercabut seat tengah sahara tu🤣🤣..ada tergolek..ada terbabas..ada yang dok potong orang lah apa lah..macam macam lah😂😂 ..detik cemas bila meneema tergolek..depan mata ceq kot..tapi kat situ boleh nampak masing masing cuba tolong kawan..ada yang sanggup patah balik..dan sanggup tunggu konvoi ramai ramai..semangat setiakawan sangat🤝
lepas selesai..kami hantaq mangsa ke hospital..dan alhamdulillah takda yang parah...😇
lepas tu kami balik hotel untuk check out dan get ready untuk activity seterusnya ...sindbad submarine..naik kapai selam..selam 20 meter kedalam laut merah👏🏼👏🏼👏🏼👏🏼👏🏼...exited nampak ikan bilis🐟🐟ada lagi 🐠🐠🐡🐬lain..dah habis tengok ikan..kami pun mula bertolak ke Cairo..🇪🇬..tiba tiba lapaq kami pun pi order crepe🌮..dan makan dalam bas..ada yang mamai jugak🤣..sedar tak sedar dah sampai Cairo..dan tiba tiba azan Subuh berkumandang..lepas solat subuh semua berehat dengan damai💕
Setakat ni dulu coretan saya untuk trip kali ni..Terima kasih led dan umi bawak kami jalan jalan..kawan kawan yang banyak beri kerjasama untuk menjayakan trip ni💕🌹

السلام عليكم 🌹

Nukilan=Fatihah Jamalullail
#Assyariff_Trip

Red Sea & White Boat
Paradise Island
XTVT Sand Beach HURGHADA
Safari Adventure 2
Snorkeling 
Safari Adventure 1
3
Safari Adventure 3

FAIYOUM

15 April 2016.
As-Syariff sekali lagi mengadakan rehlah ke Faiyoum dengan menggunakan perkhidmatan Cairo Tour.
Perjalanan 3jam ke Faiyoum amat mengasyikan dengan permandangan yang indah, merentasi padang pasir dan kebun-kebun subur serta bendang gandum.
Kadang2 terasa seperti berada di Kedah bila melintas kawasan bendang gandum yang menghijau..
Melawat tapak dan tempat Kincir Air yang dibuat oleh Nabi Yusof, melihat sendiri Tasik Qorun yg mana diceritakan bahawa tasik ini terjadi setelah gempa yg diturunkan oleh Allah diatas keengkaran Qorun yang kaya raya dan menenggelamkan hartanya yg banyak itu. Setelah itu bas kami bergerak ke Istana Qorun yg hanya tinggal sekerat dibahagian atas, manakala tingat bawah istana tersebut telah di tengelami tanah dan pasir.

Kmi juga tidak ketinggalan berenang di Wadi Rayyan yang disitu satu2nya air terjun yang ada di Mesir. disebelahnya pula Oasis yang terbentang luas utk kami mandi manda....

Hampir Maghrib, kami bergetak pulang ke Kota Kaherah..

ZIARAH MAKAM 2016

 

Seharian Ziarah makam orang soleh disekitar Kaherah dan melawat masjid-masjid yang mempunyai sejarahnya sendiri.. Walaupun letih, tapi rasa puas hati.
Semua pelajar baru dan lama terlibat dalam program ini.

Ada seorang bertanya kepada Al-Habib Umar bin Hafidz, menanyakan, Kenapa ziarah ke maqam Awliya (Para Wali Allah)? sedangkan mereka tiada memberi kuasa apa apa dan tempat meminta hanya pada Allah.
Al-Habib Umar bin Hafidz menjawab:
Benar wahai saudaraku, aku juga sama pegangan denganmu bahwa mereka tiada mempunyai kekuasaan apa-apa. Tetapi sedikit perbedaan aku dengan dirimu, karena aku lebih senang menziarahi mereka karena bagiku mereka tetap hidup dalam membangkitkan jiwa yang mati ini kepada cinta kepada Allah..
Tapi aku juga heran, kenapa engkau tiada melarang aku menziarahi ahli dunia yang suka buang masa bercerita kosong yang tiada faedahnya, mereka juga tiada kuasa apa-apa. Malah mematikan hati. Yang hidupnya mereka bagiku seperti mayat yang berjalan. Kediaman mereka adalah pusara yang tiada membangkitkan jiwa pada cinta Tuhan. Kematian dan kehidupan di sisi Allah adalah jiwa. Banyak mereka yang dilihat hidup tapi sebenarnya mati, banyak mereka yang dilihat mati tapi sebenarnya hidup, banyak yang menziarahi pusara terdiri dari orang yang mati sedangkan dalam pusara itulah orang yang hidup.

Aku lebih senang menziarahi maqam kekasih Allah dan para syuhada walaupun hanya pusara, tetapi ia mengingatkan aku akan kematian, kerena ia mengingatkan aku bahwa hidup adalah perjuangan, karena aku dapat melihat jiwa mereka ada kuasa cinta yang hebat sehingga mereka dicintai oleh Tuhannya lantaran kebenarannya cinta. Wahai saudaraku, aku ziarah maqam Awliya, karena pada maqam mereka ada cinta, lantaran Cinta Allah pada mereka seluruh tempat persemadian mereka dicintai Allah.

 
DUMYAT EGYPT

 

7 Januari 2016 Keluarga Akademi Huffaz As-Syariff brangkat meninggalkan Kota Kaherah utk rehlah ke Dumyat.
jam 1pagi bas dah sampai utk bertolak..
Setelah solat subuh di Qaryat El Minasra kami bergerak lagi ke Bandar Dumyat. Lokasi pertama kami tuju adalah Rass El-Bar dimana disitu terletaknya penghujung Sungai Nil yang bercantum dengan Laut Meditrenean. Disini juga dikatakan tempat pertemuan Nabi Musa dan Nabi Khidir as.
Setelah menghirup udara pagi yang bertiup dari arah Laut Meditrenean sambil diiringi lagu hindi dari filem Dilwale yang tengah femes sekarang ni...haaishhh..., kami bergerak pula ke Pantai Jadidah. Disana adalah tempat tujuan kami yang seterusnya untuk mengutip kerang.
Setiap kali musim sejuk, kerang-kerang sebesar tapak tangan akan naik kepantai kerana mungkin tidak tahan dengan kedinginan berada didalam air.
Berjuta2 kerang berada diatas pantai. Kami dengan riang-ria mengutip kerang2 yang landing disitu tanpa perlu masuk kedalam air.
Kerang2 disini sangat luar biasa saiznya, mungkin kerana faktor cuaca atau kemungkinan kerana tiada orang arab yang ingin makannya.
Dalam masa yang singkat kami dapat mengutip 3 baldi kerang..cukuplah tu, kami biarkan berjuta lagi kerang2 yang lari kesejukan itu tanpa menghiraukan mereka...malas dah nak kutip...
Kelengkapan memasak turut kami bawa utk masak makan tengahari, sate yg siap dicucuk dah berada diatas bara, kerang bakar cicah air asam beregu dengan tomyam menambah selera kami semua.
Seharian kami dipantai, berlari, berselfie dan aktiviti yg menggembirakan hati pelajar2 menghilangkan penat dan stress kelelahan mengadap buku selama ini umpama hilang dibawa bayu kencang yang bertiup.
Selapas solat maghrib, rombongan kami pulang ke Kota Kaherah untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar As-Syariff kembali....

Semoga ibu-bapa terubat rindu apabila melihat foto2 yang kami paparkan ini.. Terima kasih kepada Cairo Tour kerana menyediakan perkhidmatan bas yang menyenangkan kami..

 
SIWA MESIR

 

Siwa yang bersempadan dengan negara Libya yang dikenali juga dengan nama Jazira Malah (garam) kerana dikelilingi oleh lautan garam, 90 km dari paras laut. Juga dikenali sebagai Jazira Ballah (buah kurma) kerana terdapat banyak pokok kurma. Jazira Fatnas juga adalah nama ketiga bagi Siwa kerana tanamannya yang subur. Jazirah Fatnas ini telah dinamai oleh orang-orang barat. Dinamakan Jazir kerana terletak di tengah-tengah laut Jerman. Di sini terdapat kebun yang terletak di tasik garam. Di sini juga terdapat sebuah kolam mandi Cleopatra sedalam tujuh meter dan menjadi sumber air bagi kebun tersebut. Oasis Siwa dikelilingi padang pasir yang luas dan terletak di bahagian barat Qattara, di tengah-tengah Padang Pasir Libya dalam Negara Mesir.

Jaraknya ke Tenggara Matroh sekitar 300 km. Di Siwa terdapat kilang air mineral berjenama AQUA Siwa dan Safi. Pengeluar balah billuz, minyak zaitun, buah zaitun dan buah kurma yang terbesar di Mesir juga kota kedua di dunia pengeluar tamar dan zaitun. Masyarakat Siwa menggunakan Bahasa Barbar (bahasa Libya) sebagai bahasa perantaraan di antara mereka juga merupakan antara golongan yang payah untuk menerima Islam pada suatu masa dahulu. Tetapi apabila memeluk agama Islam mereka adalah golongan yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Pakaian orang-orang di Siwa hampir sama dengan pakaian pelajar maahad tahfiz, kaum lelaki kebanyakannya memakai jubah putih manakala wanita mereka memakai jibah hitam serta berniqob.

 

Diruangan ini kami persembahkan video-video yang sempat kami rakam buat tatapan.

 
Pekan Siwa

 

 
Padang Pasir Libya

 

 
Malam Di Pekan Siwa'

 

 
Ladang Kurma

 

 
Kolam Cleopatra

 

 
Jabal Shalli

 

 
Tasik Garam

 

 
HURGHADA ~ As-Syariff Trip 2014

 

As-Syariff Trip ~ Laut Merah ~ Hurghada..
3 hari 2 malam di Hurghada Hotel yg bertentang dengan Laut Merah sgt indah dan berbaloi...
Seharian belayar dengan Bot Mewah ditengah Laut Merah, yg berwarna biru....berenang dan snorkeling ditengah-tengah Laut Merah yang pernah dibelah dengan tongkat Nabi Musa dan membunuh Firaun.

 
Merentasi Laut Merah dgn Boat Mewah & Snorkeling

 

Merentasi Padang Pasir Hurghada
 
JAULAH & ZIARAH MAKAM ULAMA DAN AHLUL BAIYT

 

NOV 2013 - Seharian menziarahi makam-makam para Ahlul Baiyt Rasulullah saw, Sahabat Nabi dan para Awliya serta Waliyullah sekitar Kaherah bersama pelajar-pelajar Akademi Huffaz As-Syariff.

Antara makam yg di ziarahi adalah :

Makam Sayidah Aisyah binti Jaafar Saadiq

Makam para Ahlulbiyt Rasulullah SAW 

Makam Uthbah bin Amir : Sahabat Rasulullah SAW.

Makam Ibnu Hajar As-Qalani : Penulis Kitab Fathul Bari.

Makam Imam As-Syafie : Imam Mazhab

Makam Rabiatul Adawiyyah.

dan makam2 awliya lain yang berada dikawasan permakaman di Kaherah.

bottom of page