
​STUDENT LIFE

MESIR QIBLAT ILMU
Mesir digelar Qiblat Ilmu dan terkenal sebagai salah satu diantara sejarah peradaban manusia tertua didunia dan dikenali dengan sistem pentadbiran negara paling maju dalam hubungan sosial di zamannya. Universiti Al-Azhar yang terletak di Mesir, dimana usianya telah mengjangkau lebih seribu abad. Ia juga adalah pusat ilmu yang melahirkan professional Islam yang sering menggegarkan dunia jahiliah.Semakin hari Al-Azhar semakin berkembang dan semakin ramai tokoh pemikir Islam yang sejati di lahirkan. Selain itu Al-Azhar juga membuka cawangan-cawangan dibeberapa muhafazah di Mesir. Sehingga ke saat ini Universiti Al-Azhar telah memiliki berbagai-bagai cabang hubungan antarabangsa didalam bidang pendidikan dan hampir keseluruh pelusok dunia. Ianya juga menjadi simbol kepada penerus perjuangan Islam dan merupakan benteng pertahanan keilmuan dan pemikiran daripada terjahan dan serangan musuh-musuh Islam. Al-Azhar merupakan gedong keilmuan Islam yang besar yang menjaga turath Islamiah dan menyebarkan misi dan amanah Islam kepada segenap umat di pelusok dunia.
Wahai Anak As-Syariff..
Mana mungkin kau mampu belajar diluar negara,
Jika cuaca jadi alasan malasmu..
Mana mungkin kau mampu belajar diluar negara,
Jika kau tak suka pada ilmu..
Mana mungkin kau mampu belajar diluar negara,
Jika kau jenis pemalas nak buka buku..
Mana mungkin kau mampu belajar diluar negara,
Jika kau mabuk dgn cinta bernafsu..
Mana mungkin kau mampu belajar diluar negara,
Jika kau asyik dengan bantalmu..
Mana mungkin kau mampu belajar diluar negara,
Jika ilmu tidak di ikat dgn pena mu..
Mana mungkin kau mampu belajar duluar negara,
Jika handphone tak lekang dari tanganmu..
Mana Mungkin
Wahai Anak As-Syariff..
Mana mungkin kau mampu belajar diluar negara,
Jika cuaca jadi alasan malasmu..
Mana mungkin kau mampu belajar diluar negara,
Jika kau tak suka pada ilmu..
Mana mungkin kau mampu belajar diluar negara,
Jika kau jenis pemalas nak buka buku..
Mana mungkin kau mampu belajar diluar negara,
Jika kau mabuk dgn cinta bernafsu..
Mana mungkin kau mampu belajar diluar negara,
Jika kau asyik dengan bantalmu..
Mana mungkin kau mampu belajar diluar negara,
Jika ilmu tidak di ikat dgn pena mu..
Mana mungkin kau mampu belajar duluar negara,
Jika handphone tak lekang dari tanganmu..
ACOUSTIC QASIDAH
Qasidah

KAMI MENCARI
Penaja Album Qasidah Akustik
​
Jawapan dan info yang diberikan kepada kami adalah seperti berikut.
Sheikh tersebut memaklumkan bahawa ramai pelajar Al-Azhar termasuk pelajar Buuth yang kerap ponteng kelas/kuliah samada malas atau belajar ditempat lain yang bukan daripada aliran Al-Azhar. Beliau juga memaklumkan bahawa lebih kurang seramai 14ribu pelajar Al-Azhar tidak beraliran Azhari (Ahlisunnah waljamaah) yakni lain-lain aliran dan fahaman. yang boleh terjebak kearah fahaman yg melampau seperti Daesh atau ISIS.
Setakat ini pihaknya sudahpun membuang seramai 5000 orang, mereka ini dianggap antara yang menyalahgunakan visa belajar di Al-Azhar dengan belajar ditempat lain atau bermalas-malasan.
Beliau juga menyebut setiap pelajar Malaysia wajib mendapat surat pengesahan kerakyatan daripada Kedutaan Malaysia bagi tujuan mendaftar di Buuth.**Dari apa yang dibicarakan, kita boleh simpulkan operasi ini boleh dikatakan sebagai Operasi Pembersihan kepada mereka yang menyalahgunakan visa. Kesihan kepada mereka yang benar-benar nak belajar, mereka juga terkena tempiasnya. Kita datang Mesir untuk belajar, bukan datang nak tidur atau nak berseronok. Hargaiah peluang yang allah berikan.
REALITI ANAK KITA
​
Assalamualaikum wth.Sepanjang pihak kami berurusan untuk pendaftaran pelajar kami untuk kemasukan ke Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar As-Syariff, kami sempat beberapa kali bertemu dan berbual-bual dengan Setiausaha Al-Azhar dan Timbalan beliau.
Pihak kami juga bertanyakan tentang kepayahan untuk mendaftar (terpaksa daftar 2 kali) serta kekecohan mutahir ini, pihak berkuasa Mesir menangkap ramai pelajar yang tiada visa sedangkan visa pula diperpayahkan atau disekat untuk diperbaharui.
Kalau setakat nak tidur dan ponteng kelas, balik malaysia lah...tidur sepuasnya.
Ibu-bapa yang ingin anak bawah umur belajar disini, pastkan ada yang memantau dan bertegas dengan mereka.. pastikan yang memantau tu dah matang, bukan sekadar abang-abang atau kakak-kakak saja. Yang berani menegur dan memarahi kesalahan mereka dengan istiqamah. Jika tiada yang memantau, akibatnya malam berjaga, siang tidur kejar mimpi saja lah. Tambah-tambah pula dimusim sejuk yang akan menjengah ni, nak angkat saratoga (selimut) pun tak mampu, apa lagi nak sentuh air... apalagi nak ke kelas dalam suhu yg membeku.
Ujian cuaca dan persekitaran disini tak sama dengan ditanah air. Ujian disini sangat berat bagi yang tak biasa. Apalagi kalau dah ada penyakit malas dari Malaysia.. dibawa kesini tanpa ada yang memantau..
Ramai yang telah dibuang daripada Buuth yang mana keluarga tak tau pun tapi anak masih di Mesir kerana takut nak bagitahu dia "Mafsul". Parent masih bangga sejuk perut mak mengandung yang disangka anaknya belajar di Mesir padahal anaknya dok dalam selimut dan bermain smartphone saja...itu belum lagi dikira yang hantu games.. sanggup berjam-jam di kedai games (cybercafe) belum lagi yang angau bercinta... yang si perempuan berniqab supaya tidak dikenali melaram bak model islamik lah kononnya. mungkin terpengaruh dengan filem cinta islamik Ayat-Ayat Cinta. Bila kena buang, mulalah menyalahkan pihak Al-Azhar, tak kurang pula yang memaki hamun sheikh-sheikh Al-Azhar dgn tuduhan bersekongkol dgn penzalim dan pelbagai tuduhan fitnah liar yg menjelekkan.. Bagaimana nak berkat mengaji di Al-Azhar jika tok guru pun hampa maki..?
Bukan semuanya begitu tapi ramai yang dah kena buang kerana tak pergi kelas. Apabila dibuang, mereka tidak ada lagi laluan untuk memperbaharui visa setelah tamat tempoh. Tinggal di Mesir tanpa visa. Operasi baru-baru ini adalah untuk membersihkan daripada golongan ini, tapi yang lain juga terpalit.
Akibat mereka ini, maka semuanya terpalit dan dicemari negetif seperti apa yang kita dengar hari ini.
Pihak Kedutaan Malaysia juga mungkin pening kepala dengan segelintir anak-anak sebegini bila terjadi sesuatu yang tidak diingini. Kita khuatiri syarat-syarat untuk kemasukan ke Buuth diperketatkan atau dipersulitkan lagi dan akan menjadi masalah kepada pelajar lain yang benar-benar nak belajar di Mesir.
Kepada agent-agent yang dok bawa pelajar bawah umur ke Mesir.. jangan kira nak bawa mai dan lempar dirumah sewa saja kalau kebajikan, pembelajaran, makan minum mereka di abaikan atau alakadar saja.. jangan pula hanya sediakan kelas sekadar melepas batuk ditangga..kemudian tu lepas budak-budak ni melilau merata. Buat betul-betul, macamana kita jaga anak sendiri dan seperti mana yang kita janji dengan ibu bapa mereka. Kesian nasib anak bangsa kita kecundang dibumi mesir akibat kerakusan imbuhan dunia. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, kami juga rasa tempiasnya.
Maaf jika ada tulisan yang kasar dan mengguris hati... ini bukanlah suatu rekaan, ini adalah realiti disini. Bukan semua anak-anak di Mesir ini belajar agama seperti yang parent harapkan malah bukan semua mereka menjaga solat 5 waktu walaupun mereka dipanggil gelaran "Ustaz" dan "Ustazah"
kalau rasa nak share tulisan ni, silakan...kalau rasa tak sesuai, abaikan saja.. kalau rasa nak kecam sebab tak puas hati...mai jumpa berdepan dgn saya.. habaq tang mana..
​
Sekian.
Pengarah As-Syariff
As-Syariff Trip
Kebiasaannya apabila bertukar musim, As-Syariff akan menganjurkan lawatan ketempat-tempat menarik di luar Kaherah. Bukan semua tempat sesuai dilawati jika tidak kena musimnya.
Kebiasaan bagi warga luar yang belajar disini, tempat yang sering dikunjungi adalah seperti Ain Sukhna, Alexandria, Mathrouh, Siwa, Fayoum, Dahab, Dumyat, Bukit Sinai, Hurgadha dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang tak mampu dituliskan disini. Trip yang terbaru As-Syariff baru-baru ini adalah ke Matrouh & Siwa.
Minggu Orientasi
Minggu Orientasi adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh pelajar senior bagi menyambut pelajar junior yang baru sampai.
As-Syariff yang berkonsepkan sebuah keluarga menyerah tugas susunan tentetif pengisian minggu orientasi tersebut kepada pelajar senior setelah diberi tunjuk ajar untuk mengendalikan dan dipantau oleh pihak pentadbiran daripada masa ke semasa dan menasihati jika perlu. Program sedemikian adalah bertujuan memupuk semangat kerja berpasukan dan melatih untuk menjadi pemimpin.
Rehlah
Setiap pelajar yang baru sampai pasti teruja dengan kota Cairo. Satu hari belum cukup untuk kita melawat kota ini ke tempat-tempat yang menarik. Sudah menjadi tradisi As-Syariff untuk membawa pelajarnya berkeliling sekitar kota tua ini pada minggu pertama atau kedua setelah sampai disini untuk menyedut debu-debu pasir dan merasa teriknya mentarinya.
Antara tempat yang menarik utk dilawati dan diziarahi dalam Kaherah adalah Makam Sayyidina Hussein, Makam Imam Syafie, Masjid Al-Azhar, Sungai Nil, Pyramid, Masjid 4 Mazhab,Kubu Salahuddin Al-Ayubi, Hadiqah Al-Azhar, Masjid Ar-Rifaei, Jabal Muqattam, Masjid Amr Al-Asr dan banyak lagi tempat-tempat yang bersejarah dan menarik hanya disekitar kota ini kita sudah seperti menjelajah bumi Mesir.