top of page

KELAB

Kelab Jahitan 
 

Kelas Jahitan (As-Syariff Sewing Club) telah diwujudkan utk para pelajar yg berminat sahaja, tanpa paksaan.

Kelas ini akan beroperasi diluar jadual kelas dan masa cuti kelas, bagi mengisi masa lapang pelajar serta menambah kemahiran mereka,Semalam dah beli beberapa buah mesin jahit utk persediaan Kelas Jahitan.

Daripada mereka leka dengan smartphone, kami mencipta alternatif baru bagi memupuk minat baru yang manafaat serta ilmu baru buat anak-anak Akademi Huffaz As-Syariff. Kelas ini terbuka kepada pelajar banat dan banin dengan dikenakan yuran setahun 10 LE.

 

Kelab Kebudayaan
 

Kelab Kebudayaan As-Syariff menampilkan Samar Yamani yang mana ianya suatu budaya yang dibawa oleh pendakwah islam daripa Yaman pada zaman dahulu ketika membawa masuk islam ke Nusantara. Ianya merupakan sebuah tarian lenggang atau disebut juga tarian Samrah untuk sekadar hiburan ketika berkumpul bersama teman-teman. Lagu-lagu yang didalamnya adalah dalam bahasa arab dan berbentuk ayat-ayat pujian kepada Allah & nabi serta kepada para orang alim, Syair atau pantun dan ada juga menceritakan tentang kehidupan serta segala hal yang positif yg disusun secara puitis. Tarian ini boleh dilakukan berseorang atau berpasangan atau secara berkumpulan. Tarian ini hanya ditarikan sesama lelaki sahaja yang lantainya dialaskan dengan karpet sebagai gelanggang tari. Tarian ini akan nampak cantik jika step atau langkah seiring dan sekata dengan pasangan tarinya.

Pakaian bagi tarian Samrah ini, kebiasaannya adalah Jubah atau baju telok belanga berkain pelikat dan berkopiah putih.

Budaya ini telah membaur dalam masyarakat melayu khasnya di Johor dan di olah dengan lenggang berciri kemelayuan yang dinamakan dengan tarian Zaffin.

 

KELAB SILAT GAYONG
Kelab ini ditubuhkan bagi tujuan untuk memupuk minat pelajar tetang seni mempertahankan diri bangsa melayu disamping menyihatkan badan dan mendisiplinkan diri. Kelas Gayong ini diadakan setiap malam rabu.
Terima kasih kepada ustaz Ridhuan yang telah memberi tenaga dan khidmad beliau menunjuk ajar teknik-teknik untuk mempertahankan diri semasa beliau berkhidmad di Akademi Huffaz As-Syariff.
bottom of page