
Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar As-Syariff
Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar As-Syariff adalah sebuah Sekolah Antarabangsa, yang mana pelajarnya terdiri daripada pelbagai pelusuk dunia yang diantaranya daripada 116 buah negara.
"Maahad Buuth A-Azhar" disebut dalam bahasa Arab dengan [معهد بعوث الأزهر] merupakan sebuah sekolah pengajian ilmu bertaraf antarabangsa yang dikelolakan oleh Institusi Al-Azhar.
Sekolah ini bersifat "Sekolah Kebajikan" dengan erti pelajar hanya perlu membeli buku sekolah sahaja. Manakala yuran-yuran lain dan gaji guru ditanggung oleh Institusi Al-Azhar.
Maahad Buuth menyediakan pengajian Fiqh 4 Mazhab kepada semua pelajar dari pelbagai negara, mereka akan ditempatkan sesama kelas dengan ikutan/fahaman mazhab masing-masing. (Syafie', Hambali, Maliki, Hanafi)
Peringkat Pengajian
Sekolah ini membahagikan pelajarnya kepada 2 Bahagian. Iaitu 3 Tahun di `Idadi (Peringkat Rendah) dan 3 Tahun di Thanawi (Peringkat Menengah).
Walaubagaimanapun, pelajar boleh mengambil peperiksaan Tahdid Mustawa, bagi membuka peluang pelajar menyingkatkan pengajiannya di Maahad Buuth atau bahasa mudah yang boleh kita sebut dengan istilah 'Lompat Kelas' .
Sambung Pengajian
Selepas tamat di Buuth Al-Azhar, pelajar di tawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar atau boleh memohon untuk masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi di Mesir ataupun luar Mesir seperti Universiti Ummul Qura atau di Madinah, Arab Saudi. Sijil Maaahad Buuth adalah bertaraf antarabangsa.
Kebiasaannya, pelajar menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Mereka akan dipermudahkan masuk kerana tidak perlu lagi mengikuti peperiksaan Imtihan Qabul.
Matapelajaran
Antara matapelajaran yang diajar di Buuth ialah,
-
Fiqh
-
Tauhid
-
Hadis
-
Khat
-
Nahu
-
Sorof
-
Insya'
-
Tauhid
-
Sirah
-
Imla'
-
Tajwid
-
al Quran
-
Sains
-
Komputer
-
Matematik
-
Geografi
-
Sejarah
-
Bahasa Inggeris / Bahasa Perancis (boleh pilih hanya salah satu)
Kelas adalah dari jam 8 pagi sehingga jam 1.30 petang dan sebanyak 5 kelas bagi setiap hari. Setiap tahap kelas, mempunyai subjek yang berbeza.
Keistimewaan
Antara keistimewaan Buuth Al-Azhar ialah,
-
Pengajian ilmu agama dan ilmu moden seperti kelas Al-Quran dan komputer
-
Komunikasi pelbagai bangsa, negara, dan bahasa. Bahasa utama ialah bahasa Arab.
-
Kemasukan mudah, tidak perlukan apa-apa sijil
-
Mampu berkomunikasi dengan bahasa arab (fushah & amiyah) di usia yang muda.
-
Tiada had umur. Bermula dari 12 tahun sehingga yang sudah berumahtangga. (usia tiada limit)
-
Belajar perkara asas seperti di Malaysia, tetapi dalam bahasa Arab.
-
Belajar Geografi, Matematik, Sains, dan Komputer dalam bahasa Arab.
-
Sijil lepasan Buuth diterima oleh mana-mana Universiti yang setaraf dengan Al-Azhar
-
Mampu berdikari dalam usia yang muda.


Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar




Ruangan Bilik Darjah


Kelas Bagi Pelajar Lelaki

