top of page

INFAQ & BANTUAN

Infaq Pembangunan As-Syariff
 

Akademi Huffaz As-Syariff adalah seratus peratus milik rakyat Malaysia sepenuhnya. Akademi Huffaz As-Syariff beroperasi di Kaherah Mesir. Buat masa kini Akademi Huffaz As-Syariff atau dikenali sebagai As-Syariff menyewa 3 tingkat (6 buah rumah) di Al-Asyraaf Tower, Kaherah Mesir. Sewa setiap bulan mencecah RM 12,000 sebulan tidak termasuk kos bill elektrik dan juga air.

 

Beberapa perancangan telah dibuat untuk memantapkan lagi pengurusan Akademi Huffaz As-Syariff. Perancangan pembelian Bangunan Akademi Huffaz As-Syariff, Pembelian sebuah Van atau Bas untuk kegunaan pelajar ke Maahad Buuth Al-Azhar dan juga pembangunan serta keperluan lain As-Syariff serta perancangan mencari Penaja untuk pelajar yang cemerlang & berpotensi tapi kurang kemampuan untuk belajar di Mesir.

 

Infaq Pembelian  Coaster / Bas
Bagi keperluan pelajar As-Syariff ke Maahad Buuth Al-Azhar setiap hari, kami memerlukan sebuah Coaster / Bas untuk kegunaan harian.
 
 

 

 

Coaster / Bas

Anggaran Harga : RM 300,000.00

Tiga Ratus Ribu Ringgit

Penumpang : 25 orang

Click Slide Utk Besarkan Imej

Infaq Pembelian Bangunan As-Syariff
​

 

Cadangan Pertama adalah bangunan yang kami menyewa sekarang (seperti foto di slide sebelah).
Bangunan ini mempunyai 6 tingkat termasuk tingkat bawah. Setiap tingkat mempunyai dua buah rumah yang setiap buah rumah berkeluasan 2000 kaki persegi. Disetiap rumah mempunyai 3 bilik, 2 bilik tandas, 1 ruangan dapur ,1 ruang tamu dan balkoni yang sederhana luasnya serta dilengkapi 1 lift.
As-Syariff berencana untuk membeli bangunan ini atau bangunan yang seumpama ini di Kaherah yang harganya sekitar RM6juta bagi tujuan pembanguan As-Syariff tanpa perlu menyewa setiap bulan.
​

 

Click Slide Utk Besarkan Imej

Sponsor Pelajar Cemerlang Kurang Mampu
​

Sepanjang pengalaman kami mengendalikan As-Syariff, ramai juga yang kami dapati pelajar yang cemerlang dan berpotensi pergi jauh serta harapan untuk berjaya itu sangat tinggi, tetapi agak dukacita kerana mereka terdiri daripada anak keluarga yang kurang berkemampuan untuk membiayai yuran pengajian disini. Kami membuka peluang untuk sesiapa saja yang berminat untuk menaja mana-mana pelajar yang kami pilih atau yang anda pilih sendiri untuk belajar di As-Syariff. 

Jika Berminat Atau Sebarang Pertanyaan Tentang Penajaan, Sila Isi Maklumat Di Ruangan Yang Disediakan Dibawah

Success! Message received.

SUMBANGAN INFAQ ANDA 
Melalui
 
 
Nama : Akademi Huffaz As-Syariff (M) Sdn Bhd
No Akaun : 8600 3862 43
Bank : CIMB
 
Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala sumbangan dari pihak tuan/puan.
Semoga Allah membalas kebaikan yang telah tuan/puan lakukan

 

 CONTACT US FOR MORE INFORMATION 

 

Tel : +202 2357 3133

H/P : +2012 2684 3878

Whatsapp : +6013 276 2402

Email : akademiassyariff@gmail.com

bottom of page