
TAKLIMAT RINGKAS


PENGENALAN
​
Akademi Huffaz As-Syariff adalah satu-satunya 100% milik bumiputra yang diusahakan oleh Tn Syed Mohd Shaiful bin Syed Abdul Aziz Jamalullail dan isteri Pn Marziana binti Mansoor yang beroperasi di Kaherah Mesir sejak 2011.
Alamat : Akademi Huffaz As-Syariff, Asyraaf Tower, No. 35 Block 7, 10th Area Hayyu Thamin, Nasr City, Cairo EGYPT.
Akademi Huffaz As-Syariff sebuah madrasah yang menawarkan Duo Programme dengan syarat-syarat seperti dibawah ini.
​
PROGRAM YANG KAMI SEDIAKAN :
DUO PROGRAMME
Kelayakan :
Usia 13 - 16thn (Lelaki)
Usia 13 – 16thn (Perempuan)
Boleh Membaca Al-Quran
Boleh Menulis Jawi
Berminat Untuk Belajar
Tiada Masalah Disiplin
Jangkamasa : Empat Tahun
APA PENGISIAN DUO PROGRAMME ..??
Subjek / Pelajaran yg disediakan bagi Duo Programme di As-Syariff adalah seperti berikut :
SYARIAH AKADEMIK
- Al-Quran - Matematik
- Tafsir - Sains
- Hadist - Geografi
- Bahasa Arab - Sejarah
- Nahu & Sorof
- Sirah
- Fiqh
- Tasawuf
- Tauhid
** Silibus dan semua pelajaran ini diambil daripada sukatan pelajaran Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar dengan menggunakan kitab2 dari Maahad Buuth dalam bahasa arab. Program ini mengambil masa 4 tahun.
Tahun Pertama
Pelajar Duo Program akan menjalani pembelajaran pada tahun peralihan ini 100% di AS-SYARIFF dengan menggunakan jadual peralihan seperti jadual dibawah ini :
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Untuk dapatkan Jadual yang jelas sila ke :
​
-
Pelajar tidak dibenarkan pulang bercuti pada tahun pertama (peralihan)
-
Pelajar hanya dibenarkan menggunakan telefon seminggu hanya 3 jam sepanjang tinggal di As-Syariff
-
Pelajar wajib mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan oleh pentadbiran As-Syariff
​
​
Tahun Ke-Dua
Pelajar akan didaftarkan ke sebuah kolej yang dikelolakan oleh pihak Al-Azhar Mesir iaitu Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar dan setelah beberapa proses utk nama mereka tersenarai, maka mereka akan menduduki peperiksaan naik kelas di Maahad Buuth tersebut, bagi tambahan info tentang Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar sila ke :
​
​
​
​
​
​
​
SISTEM KELAS DI MAAHAD BUUTH ISLAMIYAH AL-AZHAR
DIRASSAH KHASSAH IDADI THANAWI
i. Mustawa Awwal i. Idadi Awwal i. Thanawi Awwal
ii. Mustawa Thani ii. Idadi Thani ii. Thanawi Thani
iii. Mustawa Thalith iii. Idadi Thalith iii. Thanawi Thalith
- Maahad Buuth mengamalkan system lompat kelas dan statik kelas.
- Maahad Buuth adalah sebuah Kolej Antarabangsa yang memiliki pelajar drp seluruh dunia (116 negara)
-Jika pelajar mengikuti program yang disediakan di As-Syariff dengan konsisten, mereka akan dapat menamatkan Buuth dalam tempoh yang lebih cepat.
- Sijil tamat Maahad Buuth adalah setaraf dengan Diploma
-Setelah tamat pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan ditawarkan terus ke University Al-Azhar atau boleh juga memilih untuk melanjutkan pelajaran ke University yang setaraf dengan Al-Azhar.
- Pihak As-Syariff akan menguruskan penempatan pelajar ke Rumah Negeri kepada lepasan Buuth jika mahu.
APA YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK AS-SYARIFF..??
Selain daripada prasarana
Kami juga menyediakan keperluan sepereti berikut :
1. Makan dan minum 3 kali sehari.
- Sarapan
- Tengahari
- Malam
2. Asrama & Penginapan & Musholla & Kelas Pengajian
3. Pengisian Pembelajaran (seperti dalam jadual yg dilampirkan)
4. Pengurusan pendaftaran ke Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar dari awal hingga akhir proses kemasukan.
5. Bimbingan, Kaunseling, Kebajikan, Keperluan
6. Kelab & Persatuan
​

